Showing posts with label JIMAT. Show all posts
Showing posts with label JIMAT. Show all posts

Saturday, 28 November 2015

MEE SEGERA


Anda selalu makan mee segera...mee segera pun sudah kena cukai..harga semakin mahal...ada yang makan cuma sebungkus tetapi ada juga yang makan lebih sebungkus kerana kandungan isi mee segera sudah dikurangkan untuk menjimatkan kos pengeluaran. 


Anda boleh menjimatkan sedikit kos makan mee segera ini dengan memasak isi mee ini dengan mee kosong seperti gambar di atas...katakanlah harga mee megi kari sebungkus ialah 90sen, kalau makan dua bungkus jadi RM1.80sen....kalau kita makan sebungkus megi (90sen) campur dengan 1 mee kosong (30sen) kita cuma bayar kos sebanyak RM1.20sen. Anda sudah jimat 60sen. Lagi banyak anda makan, lagi banyak kali anda dapat jimatkan....simple kan...


Wednesday, 25 November 2015

JIMATKAN ELETRIK 2


Peti ais merupakan alatan yang banyak juga menggunakan eletrik, tetapi sebenarnya anda masih boleh menggunakan eletrik secara optimum dan boleh mengurangkan penggunaan tenaga eletrik. Tahu bagaimana kah caranya.???
Anda cuma perlu OFFkan eti ais anda selepas jam 10 malam dimana aktiviti buka tutup peti ais dah habis dan ONkan semula jam 6 pagi...   anda sudah jimatkan penggunaan eletrik peti ais anda selama 8 jam sehari iaitu 33% penggunaan eletriknya ....peti ais dilengkapi dengan seal yang memastikan suhu di dalamnya sentiasa stabil rendah asalkan JANGAN dibuka tutup berulangkali....


Untuk mengekalkan lagi suhu dalamnya lebih rendah sebab anda takut ayam, sosej, ikan dalamnya menjadi buruk...tak perlu risau..anda cuma perlu dapatkan 4 - 5 kontena aiskrim bersaiz sederhana seperti di atas. Isikan air dan biar menjadi ais dalam bahagian sejuk beku...ais ini nanti berfungsi mengekalkan suhu rendah dalam peti ais dengan lebih efisien lagi... sangat mudahkan???

JIMATKAN ELETRIK 3


Lampu floresen jenis panjang seprti pada gambar atas menggunakan sebanyak 38 watts tenaga. Kita sering menggunakan lampu ini pada ruang yang terlalu kecil seperti dalam tandas, dalam bilik mandi, untuk mencerahkan bahagian luar rumah waktu malam hari atau pada bilik-bilik yang kecil. Kita masih boleh jimatkan eletrik dengan menggunakan lampu flresen yang lebih kecil penggunaan watts nya seperti di bawah ini.Watts nya lebih kecil iaitu dari 7 watts ke 15 watts sudah cukup terang untuk penggunaan bilik yang lebih kecil.


Penggunaan tenaga eletrik untuk 1 lampu floresen jenis panjang 38 watts selama sejam sama dengan penggunaan 3 lampu floresen 13 watts selama sejam..... banyak yang dapat dijimatkan jika kita gunakan eletrik secara optima.

JIMATKAN ELETRIK 1


Tahukah anda, semua jenis alatan eletrik yang fungsinya digunakan untuk memanaskan seperti pemanas air, periuk nasi eletrik dan sebagainya merupakan alatan yang banyak menggunakan eletrik. Jika kita menggunakan alatan ini dengan cara yang tidak cekap, kita akan membazirkan penggunaan eletrik dengan SANGAT BANYAK. Contohnya seperti alatan pemanas air seperti di atas, jika kita biarkan ia ON sepanjang malam alatan ini akan mendidihkan semula air di dalamnya sehingga 2 atau 3 kali. Setiap kali proses pendidihan ini menggunakan eletrik yang sangat banyak. Membiarkan alatan ini ON sepanjang waktu pun membazirkan tenaga eletrik sebab eletrik sentiasa digunakan untuk memastikan suhu air di dalamnya sentiasa panas pada paras didih. Sedangkan kita cuma menggunakan alatan cuma untuk bancuh secawan kopi cuma 1 atau 2 gelas sehari !!!!!. Sebaiknya JANGAN GUNA alatan ini.
Begitu juga dengan periuk eletrik, satu tabiat kita ialah bila nasi sudah masak, kita sering lupa OFF kan. Ini menyebabkan periuk ini sentiasa dalam keadaan KEEP WARM. Fungsi KEEP WARM juga menggunakan eletrik dengan banyak apatah lagi kita biarkan dalam keadaan terlalu lama dari pagi sampai malam.

TIPS JIMATKAN MINYAK 2

Harga minyak tidak menentu, yang pastinya harga minyak sentiasa naik dan susah nak turun. Anda boleh menjimatkan penggunaan minyak kenderaan anda sebenarnya jika anda mengoptimumkan kaedah penggunaan kereta anda.


Memanaskan enjin kereta???
Memanaskan enjin kereta di awal pagi pada hakikatnya adalah baik untuk penjagaan enjin kereta anda. Ini kerana minyak pelincir akan bergerak ke seluruh permukaan dalaman enjin untuk mengelakkan geseran yang boleh menyebabkan kerosakan enjin. Akan tetapi, tahukah anda sebenarnya enjin kereta moden (modern engine) tidak memerlukan anda memanaskan enjin kerana enjin jenis ini telah direka supaya anda tidak bersusah payah memanaskan enjin kenderaan sebelum digunakan pada awal pagi. Lagipun minyak pelincir kenderaan sekarang ini mengandungi formula khas untuk memastikan minyak melekat pada setiap komponen dalaman enjin kenderaan walaupun dalam keadaan kereta tidak digunakan. Jadi buat apa anda bersusah payah memanaskan enjin kereta di awal pagi lama-lama. Secara automatik anda dapat menjimatkan minyak yang anda gunakan untuk memanaskan kereta anda setiap awal pagi.





TIPS JIMATKAN MINYAK 1

Harga minyak tidak menentu, yang pastinya harga minyak sentiasa naik dan susah nak turun. Anda boleh menjimatkan penggunaan minyak kenderaan anda sebenarnya jika anda mengoptimumkan kaedah penggunaan kereta anda.


Meluncur

Pernahkah anda mendengar bahawa syarikat penerbangan murah menggunakan teknik meluncur untuk menjimatkan penggunaan minyak kerana ini dapat menurunkan kos bahan api?  Pilot akan menerbangkan pesawat ke altitude tinggi, cukup tempat mengikut perkiraan yang dibuat oleh pilot tersebut, enjin pesawat dibiarkan dalam keadaan melahu (neutral) dan pesawat melucur terbang sampai ke destinasi yang dituju. Secara logikalnya enjin yang dalam keadaan melahu (neutral) cuma menggunakan sedikit minyak sahaja walaupun badan kapal terbang tersebut bergerak pantas meluncur terbang. Anda sebenarnya boleh mengaplikasikan teknik ini pada kereta anda. Jika anda tahu dalam 100 meter – 200 meter lagi di hadapan anda terdapat simpang jalan atau hentian lampu isyarat atau tempat kereta perlu berhenti atau jalan yang menuruni bukit, anda tukarkan gear kereta anda dalam posisi neutral dan biarkan kereta anda meluncur bergerak. Anda sudah menjimatkan penggunaan minyak untuk jarak kereta yang anda meluncur. Semakin banyak kali kereta anda meluncur semakin banyak minyak yang anda jimatkan. Anda akan mendapat lebih kilometer untuk setiap liter petrol yang anda gunakan.